Suami parah ditetak isteri

Suami parah ditetak isteri

Kota Bharu: Seorang wanita ditahan selepas dipercayai menetak suaminya di lengan kanan menggunakan pisau pemotong daging di rumah mereka di Pengkalan Chepa, di sini, petang kelmarin.

Suspek berusia 30 tahun ditahan di rumahnya jam 3 petang semalam susulan laporan dibuat oleh bapa mangsa tengah malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata jam 12 tengah malam kelmarin.

"Berdasarkan keterangan bapa mangsa, dia dimaklumkan oleh anaknya yang lain memaklumkan mangsa berusia 31 tahun ditetak oleh isterinya menggunakan pisau pemotong daging.

"Bertindak atas laporan yang diterima, suspek ditangkap di rumahnya di Pengkalan Chepa jam 3 petang semalam.

"Hasil ujian saringan awal terhadap suspek adalah negatif dan suspek kini ditahan reman selama enam hari bermula hari ini," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikit Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE