VIDEO - Gadis maut ditikam 21 kali, dihempap batu oleh kekasih

Gadis maut ditikam 21 kali, dihempap batu oleh kekasih

Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan tindakan seorang lelaki membunuh kekasihnya dengan sadis ketika mangsa dalam perjalanan.

Suspek bernama Sahil Khan berusia 20 tahun melakukan pembunuhan sadis dengan menikam lebih daripada 20
 tikaman sebelum menghempap mangsa dengan batu ketika mangsa bernama Sakshi berusia 16 tahun sedang dalam perjalanan ke majlis ulang tahun temannya.


Dalam kejadian itu dilihat orang ramai hanya menjadi saksi melihat mangsa dibunuh kejam tanpa memberikan pertolongan.

Sahil ditahan polis susulan laporan polis dibuat oleh keluarga mangsa serta video pembunuhan sadis tersebut menjadi tular di media sosial.


Rata-rata netizen mengecam tindakan suspek dan orang ramai yang berada di tempat kejadian kerana tidak sanggup menolong mangsa.

Keluarga mangsa mengesa supaya hukuman mati dikenakan kepada suspek dan berharap pihak berkuasa dapat berlaku adil terhadap kematian anak mereka. - Agensi





@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE