VIDEO PENUH - Akka Nasi Lemak terkilan orang menghina dirinya dan keluarga, didakwa tutup periuk nasi orang lain



Akka Nasi Lemak terkilan orang menghina dirinya dan keluarga, didakwa tutup periuk nasi orang lain


"Kami bukanlah kaya, kami juga masih berusaha untuk kelangsungan hidup..janganlah kecam kami" - Akka


Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan seorang wanita yang dikenali dengan Akka atau nama sebenarnya Sangeeta meluahkan rasa terkilan dengan kecaman orang terhadap dirinya dan keluarga, 


Akka mendakwa bahawa sejak perniagaan nasi lemaknya tular, nasi lemak beliau mendapat permintaan yang tinggi sehingga Akka tidak mampu memenuhi permintaan tersebut kerana kekurangan penawaran. Kadang-kadang orang ramai sudah beratur untuk membeli nasi lemak Akka, namun bila nasi lemak sudah habis biasanya Akka terpaksa berdepan dengan keluhan dan karenah pelanggan yang kecewa kerana tidak dapat membeli nasi lemak.


Bukan itu sahaja, malah Akka juga ada mendakwa bahawa sejak perniagaannya menjadi tular, ada dalam kalangan peniaga lain yang berniaga berdekatan dengannya bersikap dingin kerana Akka didakwa telah menutup periuk nasi mereka.


"Saya terlalu penat dengan semua ini, hentikanlah mengecam saya dan keluarga, kami hanya mencari makan, kami bukanlah kaya seperti yang disangka, juga masih berusaha keras demi kelangsungan hidup."


"Jika anda semua tidak percaya ziarahlah ke rumah sewa saya dan lihatlah bagaimana keadaan kami"


Akka juga ada mengatakan bahawa sejak 13 tahun Akka berniaga nasi lemak, inilah kali pertama Akka merasakan tekanan yang sangat tinggi sehingga susut berat badan. Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlalu mengecam Akka jika nasi lemak habis atau peniaga lain tidak perlulah mempunyai perasaan iri dan dengki kerana rezki itu sudah tertulis bagi tiap makhluk oleh Allah SWT.






@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE