Video penuh - Lelaki tua berang ditegur anak muda kerana merokok dalam restoran mamak


Lelaki tua berang ditegur anak muda kerana merokok dalam restoran mamak

"Awak siapa nak tegur saya?" - pakcik

Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan seorang lelaki wargaemas berang apabila ditegur oleh seorang anak muda kerana hisap rokok dalam kedai makan.

Difahamkan lelaki itu sedang duduk minum di restoran mamak sambil menghisap rokok sehingga asap rokok tersebut mengganggu sekumpulan anak muda yang sedang makan di situ.

Tambahan pulandi restoran berkenaan telah meletakkan tanda dilarang merokok di kawasan tersebut namun tidak diendahkan lelaki tua ini.

Seorang pemuda menegur lelaki itu supaya tidak merokok di kedai makan membuatkan lelaki tersebut tiba-tiba bangun dan mengamuk.

"Awak pegawai mana nak tegur saua, mamak-mamak dalam ni pun takda yang tegur saya" katanya

Keadaan semakin tegang apabila pemuda itu mendakwa lelaki itu tidak beradab membuatkan lelaki itu bertambah marah dan hendak memukul pemuda tersebut namun ditarik oleh orang awam.

Video tersebut telah tular di media sosial dan mendapat kecaman dalam kalangan warganet. Lelaki itu boleh didakwa kerana melanggar peraturan menghisap rokok di kedai makan.





@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE