VIDEO - Wanita kencing merata-rata tular mengundang kecaman warganet

Wanita kencing merata-rata tular mengundang kecaman warganet


JOHOR BAHRU - Tindakan individu dipercayai warga asing membuang air kencing di bangunan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) yang tular sejak Sabtu, mengundang kecaman orang ramai

Berdasarkan video berkenaan, kawasan yang terpencil dan sedang dibaik pulih dilihat menjadi sasaran untuk membuang air kencing.


Rata-rata orang ramai yang meninggalkan komen di media sosial, menyifatkan tindakan tersebut biadab kerana memberi kesan kepada kebersihan di BSI yang merupakan laluan utama keluar masuk Malaysia-Singapura.

Ini bukan pertama kali kejadian membabitkan warga asing membuang air merata-rata di sekitar pintu masuk dan keluar Malaysia dan Singapura.

Pada 13 Jun tahun lalu, tular di media sosial Facebook yang memaparkan dua lelaki sedang membuang air kecil di bawah pokok di lokasi berhampiran Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengambil maklum kejadian tersebut yang tular di media sosial.










@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!





Yolooo