Achey masuk hospital

Petaling Jaya: Pelawak, Achey Bocey dimasukkan ke hospital sejak malam tadi selepas mengalami sakit di bahagian belakang sekali gus tidak dapat hadir ke sidang media Konsert Muzika Lawak Nusantara, yang berlangsung hari ini.

Rakan sekumpulannya yang juga pelawak, Fad Bocey berkata, Achey kini dirawat di sebuah pusat perubatan di Batu Pahat, Johor.

"Dia dah lama ada benjolan tu dan ia ada ketika memberi kesan sehingga menyebabkan rasa sakit badan. Setakat ini, Achey dalam keadaan baik saja, cuma masih menunggu keputusan MRI," katanya

Menurut Fad, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah juga merujuk kepadanya memandangkan dia pernah diduga dengan 'slip disc' tahun lalu.


"Sebelum ini saya dah pernah alami slip disc, jadi saya tahu bagaimana rasa sakitnya. Sebab tu saya nasihat dia buat pemeriksaan.

"Sebarang rawatan lanjut masih belum diputuskan lagi. Saya pun belum dapat bercakap lanjut dengannya selepas melakukan MRI (Pengimejan Resonans Magnet)," katanya ketika ditemui di sidang media Konsert Muzika Lawak Nusantara yang bakal menggabungkan pelawak dari Malaysia dan Indonesia di atas satu pentas.

Konsert yang akan berlangsung pada 19 Ogos itu akan disertai Fad dan Achey mewakili kumpulan Bocey, Sharif, Melati dan Atu (Zero) dan tiga pelawak Indonesia iaitu Sule, Azis Gagap dan Rina Nose.




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE