Bapa maut, dua anak cedera kereta jatuh gaung


Bapa maut, dua anak cedera kereta jatuh gaung

Seorang bapa berusia 48 tahun maut dan dua anak perempuannya cedera selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam sebuah gaung di Kampung Layangan di sini, malam tadi.

Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Abd Rashid Bahari sementara anaknya Nur Aqeesha, 8, dan Nor Izah Batrisyah,10, cedera dalam nahas pada 8 malam itu.


Ketua Balai Bomba Layangan Huzyman Malikin berkata beliau menerima panggilan kecemasan pada 8.26 malam dan bergegas ke lokasi kejadian.


Beliau berkata pihaknya mengalami kesukaran untuk mengeluarkan mangsa daripada kenderaan kerana kerosakan teruk pada bahagian depannya.

"Kami menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata operasi menyelamat selesai pada 9.25 malam.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE