Ibu dera anak, kurung mangsa dalam sangkar anjing




Ibu dera anak, kurung mangsa dalam sangkar anjing

"Dia juga dipercayai dengan memukul kanak-kanak itu, membiarkannya kelaparan, mengikat, mengurung dalam sangkar anjing, dan menyiram air ke atasnya."


Wanita di Austria disiasat kerana cubaan membunuh dan mendera anak lelakinya yang berumur 12 tahun selepas mengurung mangsa di dalam sangkar anjing dan mendedahkannya kepada suhu bawah sifar, kata pihak berkuasa.


Kes itu mengundang kemarahan orang ramai di Austria apabila ia didedahkan kepada umum awal minggu ini berikutan keputusan Mahkamah Agung pada akhir Mei yang menolak aduan wanita itu yang ditahan reman selama beberapa bulan.


"Wanita berusia 32 tahun itu masih direman dan siasatan dijangka selesai menjelang akhir musim panas, dengan kemungkinan suspek didakwa," kata Johann Baumschlager, jurucakap polis wilayah Lower Austria.


Wanita itu berada dalam tahanan praperbicaraan di Krems, barat Vienna, sejak November tahun lalu, selepas seorang pekerja sosial menghubungi ambulans ke rumah itu, pada 22 November untuk meminta budak lelaki yang koma dan hipotermia yang ditemukan di situ untuk dibawa ke hospital.


Difahamkan, bapa budak itu, tidak tinggal di situ.


Hospital memfailkan aduan kepada pihak polis dan menyebabkan penahanan wanita itu pada hari berikutnya.



Wanita itu disyaki menyiram anaknya dengan air sejuk beberapa kali sehari sambil membuka tingkap pangsapuri selama beberapa jam ketika suhu bawah sifar, menyebabkan suhu badan mangsa turun kepada 26.8 darjah Celsius.


Disebabkan kekurangan zat makanan yang teruk, budak lelaki itu koma.


Wanita itu didakwa melakukan perbuatan itu sejak awal September hingga akhir November 2022.


Dia juga dipercayai dengan memukul kanak-kanak itu, membiarkannya kelaparan, mengikat, mengurung dalam sangkar anjing, dan menyiram air ke atasnya.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE