Isu "Ahli DAP mahu Umat Islam hormati murtad", ini jawapan Menteri

Isu "Umat Islam Hormati Murtad" yang disuarakan oleh ahli DAP telah dijawab - Menteri Komunikasi dan Digital

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil membidas pihak yang cuba mewujudkan persepsi membabitkan soalan Ahli Parlimen DAP Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Menurut beliau, soalan bertarikh 8 Jun lalu tersebut sudah ada jawapan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.

"Soalan Parlimen itu bertarikh 8 Jun dan memang sudah ada jawapan daripada Menteri Agama pun. Boleh cari dalam website (laman web) Parlimen pun.

“Kenapa tak masukkan sekali jawapan menteri,” katanya membidas pihak menyebarkan soalan Koo Ham, tetapi tidak menyertakan jawapan menteri berkaitan terhadap soalan tersebut

Koo Ham dalam soalan lisan di Dewan Rakyat pada 8 Jun lalu bertanyakan bagaimana perkahwinan seorang warga Malaysia beragama Islam berkahwin dengan seorang bukan Islam di luar negara secara sah apabila balik ke Malaysia dapat diiktiraf di Malaysia.

Fahmi secara khusus turut membidas Tan Sri Annuar Musa kerana didakwa cuba mewujudkan persepsi dengan berkongsi keratan berita lama bertajuk ‘Koo Ham mahu umat Islam hormati murtad’

“Kenapa tak tulis tarikh berita Koo Ham itu dari 2014? Itu bukan berita sekarang, kenapa tak tulis supaya jelas?

“Maka berhati-hatilah bila kita terima maklumat di media sosial. Sahkan dulu apa disampaikan. Jangan hingga kita terlibat menyebar fitnah ciptaan pihak tak bertanggungjawab,” katanya.

Tambah beliau, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Polis Diraja Malaysia akan terus pantau dan bertindak untuk tangani isu 3R iaitu race (bangsa), religion (agama) dan royalty (raja). 

Sumber : KOSMO!




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE