Keluarga box office RM 360 Juta, Yusof Haslam pesan kepada kedua anaknya jangan lupa diri

Keluarga box office RM 360 Juta, Yusof Haslam pesan kepada kedua anaknya jangan lupa diri

SHAH ALAM - Kejayaan filem Polis Evo 3 arahan Syafiq Yusof mencatat kutipan RM30 juta selepas sembilan hari ditayangkan semakin melonjakkan lagi nama keluarga Datuk Yusof Haslam sebagai pengarah paling berjaya dalam sejarah perfileman Malaysia dengan kutipan terkumpul lebih RM360 juta menerusi 35 buah filem.

Segalanya bermula pada tahun 1995 apabila filem Sembilu II arahan Yusof menjadi filem pecah panggung pertama di Malaysia yang mencatat kutipan lebih RM6 juta sehingga beliau digelar ‘The Six Million Dollar Man’ ketika itu.

Kini, tuah dan kehebatan menghasilkan filem bagai sudah diwariskan kepada dua anak lelakinya iaitu Syamsul, 39, dan Syafiq, 31.

Syamsul telah berjaya menghasilkan banyak karya yang berada dalam senarai 15 buah filem yang mendapat kutipan tertinggi di Malaysia.

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan meraih kutipan RM97 juta, diikuti Munafik 2 (RM48 juta) dan Munafik (RM19.04 juta).

Adiknya, Syafiq pula tidak kurang hebatnya menerusi kutipan pecah panggung filem Abang Long Fadhil 3 iaitu sebanyak RM25 juta, Abang Long Fadil 2 (RM18.15 juta) dan naskhah terbaharu arahannya, Polis Evo 3 sudah berjaya mengutip RM30 juta dalam tempoh sembilan hari tayangan sahaja.

Secara purata, dua pengarah muda ini sudah menghasilkan filem yang membawa pulangan puluhan juta kepada industri perfileman.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan Syamsul dan Syafiq adalah pengarah muda yang mampu mencipta magis dalam karya-karya arahan mereka dan sudah dipercayai penonton untuk melihat hasilnya di pawagam sehingga mampu membawa pulang antara belasan hingga puluhan juta ringgit.

Syamsul memulakan karier dalam dunia pengarahan sebagai pengarah drama termasuk beberapa episod bagi drama bersiri Gerak Khas.

Kerja keras dan usaha berterusan menjadi kunci buatnya menghasilkan filem pertama, Evolusi KL Drift pada tahun 2008, tetapi hasil pengarahannya mula menjadi perhatian menerusi Evolusi KL Drift 2, dua tahun kemudian yang menyaksikan Syamsul menerima trofi Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23).

Bagai mendapat kuasa yang luar biasa, anak kedua daripada empat orang adik-beradik ini mara dengan filem pecah panggung dan fenomena, Khurafat (RM8.08 juta), diikuti KL Gangster (RM11.74 juta).

Lebih manis, Syamsul sekali lagi menggondol trofi Pengarah Terbaik FFM24.

Syafiq juga tidak kurang hebatnya apabila karya pertamanya, SAM: Saya Amat Mencintaimu (2012) melayakkan beliau menerima anugerah Pengarah Harapan di Festival Filem Malaysia ke-25 dan pengiktirafan sebagai Pengarah Paling Muda oleh The Malaysia Book of Records.

Syafiq kemudiannya memilih untuk mengetengahkan watak Abang Long Fadil daripada filem KL Gangster sebagai judul filem dan watak penting bagi karya keduanya.

Ternyata Abang Long Fadil juga mencetuskan fenomena tersendiri dan sudah mempunyai tiga francais filem di bawah nama sama.

2012 SAM: Saya Amat Mencintaimu RM1.4 juta

2014 Abang Long Fadil RM4.61 juta

2015 Villa Nabila RM2.8 juta

2016 Mat Moto (pengarah bersama) RM4.39 juta

2016 Desolasi RM2.5 juta

2017 Abang Long Fadil 2 RM18.15 juta

2018 KL Special Force RM12.1 juta

2019 Misteri Dilaila RM9.4 juta

2022 Abang Long Fadil 3 RM25 juta

2023 Polis Evo 3 RM30 juta

(masih ditayangkan) (9 hari tayangan)






@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE