PDRM MOHON BANTUAN INTERPOL KESAN JOCELYN CHIA



Kuala Lumpur, 13 Jun 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat permohonan kepada Polis Antarabangsa (INTERPOL) bagi mendapatkan identiti dan lokasi terkini pelawak kelahiran Singapura, Jocelyn Chia.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, pihaknya akan melakukan permohonan berkenaan esok bagi membantu siasatan berhubung klip video oleh Jocelyn yang tular di media sosial.

"Selain itu, PDRM juga sudah membuat salinan transkrip ucapan suspek dalam klip video berkenaan.

"Pada 7 jun lalu, polis sudah membuat permohonan profiling kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan perkara itu masih lagi dalam tindakan SKMM," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Lawatan Hospital Sempena Peringatan Hari Polis ke-216 di Hospital Tuanku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani (HPKK), di sini, hari ini.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE