Penganggur ditahan samun peniaga cendol

Penganggur ditahan samun peniaga cendol

BERA, PAHANG – Polis berjaya menahan seorang penganggur kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun di sebuah bank dekat Kemayan di sini Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu seorang peniaga cendol berusia 60 tahun yang berada di dalam bank tersebut bagi melakukan urusan transaksi memasukkan duit ke mesin deposit tunai (CDM) telah disamun oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, suspek yang berusia 32 tahun ditahan di Jalan Besar Simpang Bukit Mendi kira-kira pukul 11.45 pagi, hari ini.


“Polis turut merampas wang tunai sebanyak RM1,015 serta pakaian suspek iaitu sehelai ‘sweater’ berwarna hijau, sehelai seluar panjang berwarna hijau, t-shirt berwarna biru, topi berwarna merah hitam dan sepasang selipar berwarna hitam.


“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pakaian yang dirampas itu adalah pakaian yang dipakai suspek semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hari ini Kosmo! melaporkan seorang peniaga cendol cedera di kepala akibat dipvkul dalam kejadian samun di sebuah bank dekat Kemayan di sini Isnin lalu.

“Sejurus mangsa mengeluarkan wang, suspek telah mengeluarkan satu tukul besi yang disorokkan dalam baju bahagian hadapan dan bertindak menghayun senj4ta yang dipegang menggunakan tangan kanan ke belakang kepala mangsa.

“Apabila mangsa rebah, suspek terus merampas wang tunai berjumlah RM2,000 daripada tangan mangsa yang sedang terbaring sebelum melarikan diri,” ujarnya. 

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE