Penunggang Ducati maut jatuh terjatuh jejambat, elak motosikal lawan arus di SUKE


Penunggang Ducati maut jatuh terjatuh jejambat, elak motosikal lawan arus di SUKE

KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati, maut selepas terjatuh daripada jejambat Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 1.05 tengah hari, penunggang motosikal Ducati itu dikatakan dari arah Ampang dalam perjalanan memasuki susur keluar Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Ulu Kelang.

Terdahulu tular satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 12 saat menunjukkan sebuah motosikal melawan arus dari arah MRR2 naik ke Lebuhraya SUKE.

Tidak lama selepas itu, motosikal ditunggang mangsa dirakam gagal dikawal dipercayai cuba mengelak motosikal yang melawan arus.

Motosikal mangsa merempuh pembahagi jalan sebelum dia tercampak ke bawah jejambat.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat selepas hasil siasatan awal diperoleh daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Ampang Jaya.


UPDATE : Individu lawan arus sebabkan penunggang Ducati maut sedang dikesan

Polis sedang mengesan penunggang motosikal yang dipercayai melarikan diri selepas menyebabkan kemalangan sehingga seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut di Kilometer 22.2 Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, penunggang motosikal Ducati Panigale iaitu lelaki warga emas berusia 60-an disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal ditunggang melawan arus di bahu jalan kanan.

"Mangsa yang sedang melalui jalan berselekoh kemudian cuba mengelak lalu melanggar penghadang sebelah kiri jalan.

"Kesan pelanggaran itu menyebabkan penunggang terhumban dan jatuh ke bawah pada ketinggian kira-kira 30 meter manakala motosikalnya terseret ke tengah jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di kaki ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang pagar Stesen Kawalan SMART Sungai Klang dan disahkan meninggal dunia.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal yang memandu secara melulu dan menyebabkan kematian.

"Penunggang terbabit didapati meninggalkan lokasi dan tindakan mengesannya sedang dijalankan.

"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sedang diteliti bersama pihak SUKE dan saksi bebas sedang dikesan bagi membantu siasatan," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta saksi bebas supaya tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Ampang Jaya Inspektor Muhamad Yusaiful Muhamat Basir di talian 011-13078348.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, penunggang 'superbike' jenis Ducati maut akibat terjatuh dari jejambat SUKE berhampiran Ulu Kelang.

Rakaman CCTV berdurasi 12 saat memaparkan motosikal melawan arus tular di media sosial.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE