Tangkapan monyet liar atas aduan penduduk


Tangkapan monyet liar atas aduan penduduk

GOMBAK – Polis mengesahkan aktiviti menangkap monyet liar di kawasan pinggir hutan di Batu Caves, di sini, dilakukan diatas aduan oleh persatuan itu sendiri yang mana monyet-monyet liar telah menganggu serta merosakkan harta benda penduduk.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya terkesan satu video tular di media sosial berhubung kejadian itu sekitar pukul 7 malam, semalam.

Katanya, video tersebut memaparkan aktiviti menangkap monyet liar di kawasan pinggir hutan.

“Semakan mendapati, satu laporan polis telah diterima daripada seorang wanita warga tempatan berusia 34 tahun bekenaan kerja-kerja menangkap monyet liar yang telah merosakkan harta benda penduduk, kelmarin.

“Hasil siasatan pihak polis, kerja menangkap monyet tersebut telah dijalankan oleh Pejabat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) Hulu Selangor.

“Aktiviti tersebut dilakukan atas aduan pihak persatuan penduduk itu sendiri yang mana monyet-monyet liar telah menganggu serta merosakkan harta benda penduduk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Zainal, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi tidak bertanggungjawab yang boleh mengelirukan dan menjejaskan ketenteraman awam.

Terdahulu, tular di Facebook seorang lelaki berang melihat sekumpulan individu menangkap monyet di kawasan terbabit.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE