Lim Guan Eng kawan yang baik, Jangan burukkan Lim Guan Eng dengan bermain isu perobohan tokong Buddha - Zahid Hamidi

Lim Guan Eng kawan yang baik, Jangan burukkan Lim Guan Eng dengan bermain isu perobohan tokong Buddha - Zahid Hamidi

"Zahid Hamidi mempertahankan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berhubung dakwaan sengaja membangkitkan isu 3R iaitu agama, raja dan kaum ketika menyentuh berkenaan perobohan tokong Buddha oleh 'gelombang hijau'."

KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tampil mempertahankan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berhubung dakwaan sengaja membangkitkan isu 3R iaitu agama, raja dan kaum ketika menyentuh berkenaan perobohan tokong Buddha oleh 'gelombang hijau'.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, terdapat pihak sengaja memainkan semula isu terbabit dan cuba memburukkan bekas Menteri Kewangan itu.


Beliau juga menyifatkan dakwaan yang cuba memburukkan Guan Eng itu adalah satu pembunuhan karakter.

"Tidak, saya juga membacakan laporan itu. Ia berlaku sudah beberapa lama tetapi ia diulangkan untuk memburukkan Lim Guan Eng.

"Saya fikir kalau kita berbeza politik sekalipun, eloklah perbezaan itu dengan akhlak politik yang baik. Jangan ikutkan character assassination (pembunuhan karakter)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Usahawan Negara (MUN) dan Minggu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) 2023 Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka pada Ahad.


Sebelum ini, terdapat portal media melaporkan Guan Eng memberi amaran kepada pengundi Pulau Pinang untuk menyekat ‘gelombang hijau’ daripada bertapak di negeri itu, sambil mendakwa ia akan mengakibatkan tokong Buddha dimusnahkan dan orang bukan Islam berdepan pelbagai sekatan.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu mendakwa, ia akan mengakibatkan tokong Buddha dimusnahkan dan orang bukan Islam berdepan pelbagai sekatan.

Susulan itu, Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menggesa pihak polis menyiasat kenyataan itu sebagai memberi amaran keras supaya tidak sesekali mempermainkan isu 3R tanpa mengira parti.

Bagaimanapun, Guan Eng menafikan beliau pernah mendakwa PN akan merobohkan tokong sekiranya berjaya menawan Pulau Pinang.

Beliau menegaskan, ucapannya itu sudah diputar belit, seolah-olah ada pihak ingin merobohkan tokong Buddha atau Cina.




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE