‘Susu khas, lampin semakin mahal’

Dugaan seorang wanita, diuji dengan kesusahan dan perlu menjaga ibu,adik tiri dan suami yang sakit

"Hazana Abd Hamid, 45, memberitahu, setiap bulan dia perlu membelanjakan kira-kira RM400 membeli susu formula khas untuk ibunya. Selain itu, dia perlu membeli lampin pakai buang untuk ibunya, Kamariah Daud, 88, dan adik tiri, Siti Zulaiha Abd Hamid, 30, yang kurang upaya kerana menghidap cerebral palsy. Tambahan suaminya, Mazlan Latif, 59, yang kini terlantar akibat serangan angin ahmar."

SUDAHLAH dibebani kemiskinan, ada dalam kalangan golongan rentan yang diuji pula dengan penyakit. Ketidakmampuan diri memaksa mereka memohon bantuan demi kelangsungan hidup.

Jika golongan mampu turut mengeluh dengan kenaikan harga makanan dan barangan, golongan rentan pastinya lebih tersepit apabila berdepan kos sara hidup yang semakin tinggi.


Wartawan Sinar Harian, Aswany Omar cuba menyelami suara hati mereka.

Pekerja kedai makan di Kota Bharu, Kelantan, Hazana Abd Hamid, 45, memberitahu, setiap bulan dia perlu membelanjakan kira-kira RM400 membeli susu formula khas untuk ibunya yang terlantar sakit sejak lebih lima bulan lalu.

Selain itu, dia perlu membeli lampin pakai buang untuk ibunya, Kamariah Daud, 88, dan adik tiri, Siti Zulaiha Abd Hamid, 30, yang kurang upaya kerana menghidap cerebral palsy.

“Kami memang tak mampu kerana harga susu khas ini mahal, malah harganya kini meningkat RM2 menjadi RM100 berbanding RM98 sebelum ini.

“Susu itu hanya bertahan selama seminggu jadi saya terpaksa berjimat cermat bagi memastikan kedua-dua mereka mendapat keperluan yang secukupnya,” katanya.

Hazana berkata, walaupun ibu dan adiknya masing-masing menerima bantuan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun perbelanjaan tambahan masih diperlukan mereka sekeluarga kerana peningkatan harga barang keperluan.


Sementara itu, suri rumah, Rahayu Daud, 49, berkata, dia terpaksa berjimat cermat membelanjakan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan.

Dia yang menetap di Kuala Krai, Kelantan berkata, wang tersebut digunakan untuk membeli keperluan suaminya, Mazlan Latif, 59, yang kini terlantar akibat serangan angin ahmar.

Rahayu yang juga pesakit buah pinggang tahap lima memberitahu, dia membeli susu khas berharga RM112 setin yang hanya mampu bertahan selama tiga hari.

“Saya membelanjakan kira-kira RM1,500 setiap bulan termasuk lampin pakai buang hanya untuk keperluan suami.

“Alhamdulillah ada pihak yang menghulurkan sumbangan, tetapi kami perlu berjimat kerana susu dan lampin pakai buang perlu diutamakan,” katanya.






@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE