7 pelajar direman bantu siasatan kes pukul remaja lelaki kerana rebut perempuan

7 pelajar direman bantu siasatan kes pukul remaja lelaki kerana rebut perempuan


JOHOR BAHRU - Tujuh pelajar yang dipercayai terlibat memukul seorang remaja lelaki di kawasan rekreasi di Taman Bistari Indah di sini pada 9 Ogos lalu direman selama dua hari bermula Selasa bagi membantu siasatan.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret R Salini di Mahkamah Majistret di sini pada pagi Selasa.

Terdahulu, semua suspek yang berusia berusia 14 sehingga 17 tahun dan masih bersekolah itu dibawa ke mahkamah Majistret untuk mendapatkan tempoh tahanan reman.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, proses reman tersebut mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes tersebut pula disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, pada 9 Ogos lalu, remaja lelaki berkenaan dipukul sekumpulan pelajar sekolah di taman tersebut sehingga mengakibatkan kecederaan.

Remaja lelaki berkenaan ditendang, dipijak, disepak dan ditumbuk beberapa kali di bahagian depan dan belakang badan selain di bahagian perut, peha serta lengan kiri dan kanan.

Kejadian itu yang tular dalam media sosial dilaporkan kepada pihak polis pada jam 4.09 petang Isnin daripada mangsa yang berusia 15 tahun.

Susulan itu polis menahan semua suspek selepas melakukan enam serbuan di sekitar daerah ini bermula dari jam 5.30 petang sehingga 9.34 malam Isnin.


Motif kejadian tersebut berpunca daripada seorang suspek yang tidak berpuas hati mangsa berkawan dengan teman wanitanya.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE