Hormat keputusan rakyat, Kerajaan Perpaduan tidak tergugat -Anwar


Hormat keputusan rakyat, Kerajaan Perpaduan tidak tergugat -Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak menghormati keputusan rakyat yang diterjemahkan pada enam pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Pada masa sama, Perdana Menteri memberi jaminan Kerajaan Perpaduan tidak tergugat dan akan terus bekerja lebih dalam membangunkan ‘Malaysia Madani’.

Dalam sistem demokrasi sama ada kita berserah atau tidak dengan keputusan, kita harus hormat keputusan rakyat. Hormat dalam erti kata bersedia menerima keputusan dengan baik.

“Kalau ada apa permasalahan pun (segala) perundangan, protes itu dibuat mengikut jalur hukum dan juga peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Bagi pihak Kerajaan Perpaduan, saya ingin beri jaminan terutama kerajaan persekutuan yang terus kekal dan kukuh selepas PRN ini. Kita akan terus bertungkus-lumus bekerja, berkhidmat sesuai dengan hasrat kita membangun Malaysia Madani dan dasar ekonomi Madani yang telah kita umumkan baru-baru ini.

“Insya Allah mulai Isnin kita akan terus bertugas bukan sahaja seperti biasa, tetapi lebih tekun dan keras bekerja supaya Malaysia akan mencipta kejayaan yang dibanggakan,” katanya malam ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas mengikuti perkembangan keputusan enam PRN bersama pimpinan Kerajaan Perpaduan yang lain di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini.

Jelas Anwar, kini masanya semua pihak menumpukan perhatian kepada membangunkan negara dan rakyat.

“Jadi setelah bertarung bersungguh-sungguh, kadang-kadang suhunya agak panas. Ini waktunya semua rakyat dari semua parti menang atau kalah harus bersilaturahim, menjaga keamanan negara dan menumpukan perhatian menangkap martabat negara serta membela nasib rakyat,” katanya.

Sementara itu, Anwar bagi pihak Kerajaan Perpaduan mengucapkan penghargaan atas sokongan rakyat terutama dalam mengekalkan kekuatan tiga negeri yang diperintah sebelum ini.

“Ini berlaku kerana permuafakatan yang tercapai (dan) terjalin di kalangan semua parti dan rakan-rakan dari parti Sabah Sarawak, walaupun tidak bertanding turut memberikan dukungan yang cukup hebat.

“(Penghargaan) juga kepada semua yang lain termasuk dari pembangkang yang telah mencatat kejayaan mengekalkan kuasa dan kerajaan di tiga negeri dan sepertimana kita maklum keputusan adalah keputusan rakyat.

Dalam pada itu, Anwar mengucapkan terima kasih kepada SPR dan seluruh petugasnya yang dijalankan tugas dengan baik dan memuaskan.

Katanya, ini kerana pemilihan raya negeri enam negeri hari ini berjalan dengan aman dan teratur. 

“(Malah) bantuan daripada pasukan keselamatan khususnya Polis Diraja Malaysia yang membantu memastikan perjalanan ini teratur,” katanya.-UTUSAN



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE