WANITA M4UT DIREMPUH TRELER DLM KEMALANGAN BEBERAPA BUAH KENDERAAN

WANITA M4UT DIREMPUH TRELER DLM KEMALANGAN BEBERAPA BUAH KENDERAAN

KOTA KINABALU, SABAH: Seorang wanita m4ut selepas kereta dipandunya dirempuh lori dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di jalan bertingkat Lido di Jalan Lintas, di sini, petang tadi.

Dalam nahas kira-kira jam 6 petang itu, mangsa Nicolette Hannah George, 26, yang memandu kereta Perodua Bezza disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, mangsa dari Kampung Babah, Penampang bekerja di sebuah syarikat swasta di Kepayan 88.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, berkata siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan tujuh kenderaan.


Katanya, kenderaan terbabit iaitu dua lori dan lima kenderaan masing-masing Perodua Bezza, Myvi, Toyota Vios, Proton Saga dan Iriz.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori melanggar sebuah kenderaan di hadapannya hingga menyebabkan kenderaan yang paling belakang tersepit di bawah lori.

"Akibat kejadian itu, pemandu kereta Perodua Bezza tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mohd Zaidi berkata, pihaknya belum menerima laporan daripada mangsa lain yang terbabit sama ada cedera ataupun tidak.


"Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kemalangan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu digerakkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan.

"Bomba menggunakan peralatan khas dengan dibantu penarik kereta bagi memudahkan urusan mengeluarkan mangsa.

"Pasukan bomba mengambil masa hampir dua jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan akhirnya berjaya dikeluarkan," katanya.





@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE