Wanita warga emas ditemui rentung atas katil

Wanita warga emas ditemui rentung atas katil

PETALING JAYA – Wanita warga emas ditemui rentung atas katil dalam kebakaran sebuah pusat jagaan orang tua, Seksyen 5, di sini, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan 3.33 pagi tadi.

Katanya, sebanyak 14 anggota diikuti dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Petaling Jaya bagi tindakan penyelamatan dan pemadaman.

“Setibanya di lokasi, ebakaran melibatkan sebuah pusat jagaan orang tua melibatkan kemusnahan 30 peratus daripada keluasan keseluruhan bangunan.

“Semasa kejadian terdapat 14 penghuni termasuk penjaga bertindak menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, terdapat seorang wanita tempatan berusia 69 tahun ditemui rentung di dalam sebuah bilik di atas katil.

“Kebakaran berjaya dipadam oleh orang awam sebelum jentera bomba sampai di lokasi,” ujarnya.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE