Cukai Keuntungan Modal tak akan bebankan rakyat - Anwar

Cukai Keuntungan Modal tak akan bebankan rakyat - Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata satu regim percukaian baharu akan diperkenalkan pada tahun depan.

Perdana Menteri, jenis cukai baharu yang sedang digubal untuk dilaksanakan pada tahun depan itu adalah Cukai Keuntungan Modal.

Beliau memberi penegasan bahawa dengan pelaksanaan cukai baharu itu tidak sesekali akan membebankan rakyat.

"Langkah akan diambil bagi memperluas asas cukai, mempelbagai sumber cukai serta menambah baik pentadbiran percukaian menerusi penggunaan teknologi.


"Namun harus ditegaskan bahawa kerajaan ini berkhidmat demi rakyat dan tidak akan sesekali membebankan rakyat dengan ketetapan cukai di luar kemampuan mereka.

"Prinsip yang kita angkat ialah pemerataan ekonomi yang adil demi kesejahteraan seluruh rakyat," katanya ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), di Dewan Rakyat, hari ini.

Penstrukturan semula subsidi elektrik, diesel dan petrol

Selain itu, Perdana Menteri berkata kerajaan melaksanakan penstrukturan semula subsidi elektrik, diesel dan petrol serta bantuan sosial lain demi memastikan pengurusan fiskal lebih berhemat serta mengurangkan herotan ekonomi.


Oleh demikian, beliau memberi jaminan bahawa rakyat yang kurang bernasib baik kekal menjadi keutamaan kerajaan untuk diselamatkan dan akan terus dibantu.

"Pengagihan subsidi dan bantuan secara bersasar kepada rakyat akan diselaraskan melalui Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang berteraskan data isi rumah bagi meningkatkan kecekapan dan pantauan bantuan kerajaan.

"Penjimatan daripada subsidi yang lebih bersasar akan dapat diagihkan semula bagi tujuan projek pembangunan dan program rakyat," katanya.

Sebagai memperkukuh kemampanan fiskal, Perdana Menteri berkata kerajaan sedang meneliti semula rencana pembangunan negara termasuk mengkaji dasar kerjasama awam swasta (PPP).

Jelas beliau, langkah itu bagi memastikan pelaksanaan projek PPP memanfaatkan rakyat dan negara selain menggalakkan pelaburan swasta serta mengawal kesan kewangan kepada kerajaan pada masa hadapan.

"Dasar PPP yang jelas mengenai kaedah pertukaran tanah juga akan diperkenalkan," tambah Perdana Menteri.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE