Dakwaan pekerja asing pasar raya sorok beras tempatan hanya salah faham

Dakwaan pekerja asing pasar raya sorok beras tempatan hanya salah faham

JOHOR BAHRU – Kejadian tular yang didakwa menunjukkan terdapat pekerja warga asing menyorok beras untuk dijual kepada sekumpulan warga asing lain di sebuah pusat membeli belah di Permas Jaya di sini hanyalah salah faham.

Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras Johor, Mohd. Alieff Sabeh berkata, pihaknya telah melakukan pemeriksaan berhubung kejadian tersebut, Ahad lalu dan mendapati tiada stok Beras Putih Tempatan (BPT) kecuali hanya tiga bungkusan kampit yang telah terkoyak.

Namun selepas diperiksa semula, terdapat satu bungkusan yang masih elok sebelum sekumpulan warga asing datang kemudian membeli bungkusan tersebut. Insiden ini hanyalah salah faham,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pasaraya Maslee Taman Cendana, Pasir Gudang, hari ini.


Sabtu lalu, tular satu kenyataan di media sosial Facebook milik seorang wanita mendakwa pekerja asing di pasar raya terbabit bertindak menjual sekampit BPT kepada sekumpulan warga asing.

Dakwa wanita berkenaan, ketika kejadian tiada stok BPT di rak pasar raya berkenaan sebaliknya hanya beras import menyebabkan pihaknya menyangka beras tersebut telah disorokkan. 




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE