Fitnah melampau, Ebit Lew buat laporan polis dakwa diri difitnah

Fitnah melampau, Ebit Lew buat laporan polis dakwa diri difitnah

PENDAKWAH selebriti terkenal, Ebit Lew tampil membuat laporan polis berhubung beberapa fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya baru-baru ini.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 39, berkata, laporan polis itu dilakukan sejurus dia pulang daripada Jeddah, Arab Saudi pukul 12 malam tadi.

"Bismillah. Baru sampai dari Jeddah 12 malam tadi terus ke balai polis buat laporan mengenai fitnah-fitnah melampau yang langsung tidak berasas ke atas saya," katanya.

Pendakwah itu memaklumkan perkara tersebut dalam satu hantaran di Instagram pada awal pagi Isnin.

Dia tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya (USJ 8), Selangor.

Jelas Ebit, dia hanya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan peguamnya untuk mengambil tindakan susulan berhubung isu tersebut.


"Saya serahkan kepasa pihak polis untuk mengambil tindakan. Saya juga telah menyerahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.

Pada Jumaat lepas, wanita bertatu dari Indonesia dikenali sebagai Mondy Tato tampil membuat pendedahan terdapat beberapa kali cubaan gangguan seksual oleh individu yang berperwatakan alim.

Ketika melakukan pendedahan di sesi podcast bersama penyanyi rap Caprice itu, Mondy mendakwa kejadian berlaku bermula hari pertama dia tiba di Malaysia.




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE