VIDEO - Abang foodpanda Tendang, pecahkan motosikal sendiri sebab tak boleh bayar hutang


Abang foodpanda Tendang, pecahkan motosikal sendiri sebab tak boleh bayar hutang

Serdang: Aksi tular penunggang p-hailing merosakkan motosikal miliknya di kawasan pusat beli-belah di Puchong berpunca tidak berpuas hati kenderaan itu hendak ditarik kerana tertunggak hampir tiga tahun.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian berlaku jam 3.10 petang pada 11 September lalu disebabkan pemilik tidak berpuas hati dengan penarikan motosikal kerana mempunyai tunggakan bayaran selama 34 bulan.

Menurutnya, lelaki itu menendang motosikalnya sendiri sebelum serah kepada ejen tarik kenderaan.

"Laporan tarik motosikal dibuat oleh ejen tarik kenderaan pada hari yang sama di Balai Polis Brickfields," katanya dalam kenyataan hari ini.




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE