Ibu penagih dadah jual anak perempuan(12 tahun) RM 56 kepada tokan dadah
"Kanak-kanak yang dijual itu maut dirogol dan dibunuh tokan dadah"
Angkara ketagihan dadah dan mahu membeli barang haram itu, seorang ibu sanggup menjual anak perempuannya berusia tiga tahun dengan nilai hanya 10 pound sterling (kira-kira RM56).
Lebih tragis dan menyayat hati, kanak-kanak perempuan malang itu dibawa pergi oleh teman lelakinya pada waktu malam untuk dirogol dan dibunuh, selepas ibunya menjual anaknya itu untuk dadah.
Kejadian melampaui batas kemanusiaan itu dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan kanak-kanak itu kemudian tidak pernah dilihat lagi.
Media melaporkan, Aurelia Salinas didakwa membenarkan teman lelakinya iaitu seorang pengedar dadah mengambil anak perempuannya Luz Maida sebagai balasan untuk 30 tiub kokain bernilai 10 pound sterling (kira-kira RM56).
Jasad kecil kanak-kanak berkenaan ditemukan hanya berbalut baju di atas katil di sebuah rumah terbiar pada 22 April di Pedro Juan Caballero, Paraguay.
Peristiwa itu menimbulkan kemarahan penduduk tempatan.
Rakaman CCTV mengganggu emosi kepada sesiapa pun melihatnya menunjukkan Luz cuba melarikan diri daripada cengkaman penjenayah yang membawanya pergi dari rumah ibunya.
Semasa membawanya Luz pergi, penjenayah tidak dinamakan itu boleh dilihat memegang Luz dalam satu tangan dan menampar budak comel itu dengan tangan yang lain untuk menghalang Luz yang meronta-ronta cuba melepaskan diri.
Penduduk tempatan yang marah dilaporkan cuba membunuh Salinas ketika wanita itu ditahan selepas dilaporkan mengaku kepada polis pembabitannya dalam pembunuhan anak perempuannya.
Teman lelakinya kemudian mengaku melakukan pembunuhan itu, menurut media tempatan.
Pada mulanya, Salinas memberitahu polis bahawa Luz menghilangkan diri ketika dia tidur, tetapi mengakui bahawa dia sudah menjual anak perempuannya untuk dadah selepas polis menemui rakaman CCTV.
Salinas dan teman lelakinya ditahan untuk siasatan lanjut pihak polis susulan pengakuan itu, manakala seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang didakwa turut terbabit.
Menurut polis, Salinas berada di bawah pengaruh dadah ketika pihak berkuasa melakukan penggeledahan untuk mencari Luz.
Lebih 300 penduduk tempatan menghadiri pengebumian Luz dan beberapa jiran kemudian membakar rumah di mana mayatnya ditemukan.
Penyiasat berkata, keluarga itu mempunyai sejarah tragedi lampau, dan Salinas mempunyai tujuh lagi anak, termasuk seorang gadis berusia 12 tahun yang didakwanya dibenarkan untuk didera secara seksual oleh seorang lelaki berusia 30 tahun.
Kedua-dua kes itu kini dalam siasatan.
@liputan7official