Jangan terperangkap dengan naratif Hamas punca konflik di Palestin

Jangan terperangkap dengan naratif "Hamas punca konflik di Palestin" yang diuar-uarkan Barat & Israel untuk tutup kezaliman mereka

SHAH ALAM - Konflik terbaru antara Palestin dan Israel berpunca daripada tindakan kejam Zionis terhadap rakyat di negara itu sejak berdekad lamanya.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka dizalimi, dibunuh dan tanah dirampas selain hanya menunggu masa untuk menjadi korban rejim Israel.


“Usah terperangkap dengan naratif Israel dan Barat bahawa konflik ini berpunca daripada Hamas.

“Selagi puncanya tidak diselesaikan, maka konflik ini akan terus berpanjangan dan mengorbankan ribuan nyawa. Hak mutlak rakyat di bumi Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka yang berdaulat wajib dipertahankan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan angka rakyatnya terkorban meningkat kepada 704 orang termasuk 143 kanak-kanak dan 105 wanita, manakala jumlah yang cedera sekitar 4,000 susulan tindakan tentera Israel.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menggesa PBB, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab serta seluruh dunia Islam bersatu menghentikan kekejaman rejim Zionis ke atas bumi Palestin.

“Kerajaan Malaysia sejak dahulu sehingga kini tetap menyokong bahawa bumi Palestin perlu bebas daripada pendudukan haram Israel.

“Ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77, saya telah menggesa kuasa-kuasa besar untuk bersikap jujur dalam menyelesaikan isu rakyat Palestin,” katanya.





@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE