Jurulatih dodgeball didakwa jentik kemaluan, cucuk lubang punggung murid

Jurulatih dodgeball didakwa jentik kemaluan, cucuk lubang punggung murid

SEORANG jurulatih dodgeball sebuah sekolah rendah mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menganggu kesantunan dua orang murid yang dilatihnya, tahun lalu.

Tertuduh, Terence Ee Soon Lee, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Tertuduh didakwa menganggu kesantunan seorang murid lelaki berusia 11 tahun semasa kejadian dengan menjentik kemaluan dan mencucuk punggung mangsa itu menggunakan sebatang kayu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang sama terhadap seorang lagi murid lelaki berusia 11 tahun yang dilatihnya dengan menjentik kemaluan mangsa.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di dewan sebuah sekolah jenis kebangsaan cina antara bulan November sehingga Disember 2022 sekitar jam 2 petang sehingga 2.30 petang.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Maryam Jamilah Md Kamal menawarkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan syarat tambahan tidak menganggu mangsa-mangsa dan saksi pendakwaan.

Bagaimanapun peguam Datuk Thrichelvam Rasiah yang mewakili tertuduh memohon jaminan yang minimum memandangkan tertuduh telah ditamatkan perkhidmatannya selaku jurulatih dodgeball di sekolah berkenaan.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Majistret Zhafran kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM3,500 bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Pihak sekolah turut menerima aduan daripada ibu bapa salah seorang murid bahawa mereka ternampak tertuduh keluar daripada sebuah bilik stor bersama anak perempuan mereka pada 5 Mei lalu dengan alasan membetulkan tulang belakang kanak-kanak itu.

Kes ini turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE