Bapa perkosa anak kandung berkali-kali hingga hamil 2 kali, ibu biarkan saja kerana takut diceraikan suami

Bapa perkosa anak kandung berkali-kali hingga hamil 2 kali, ibu biarkan saja kerana takut diceraikan suami

Seorang bapa tergamak merogol anak kandungnya sendiri yang berusia 16 tahun berkali-kali sehingga hamil dua kali.

Lebih teruk lagi adalah ibu kandung gadis itu mengetahui perbuatan jijik suaminya namun enggan melaporkan kepada polis kerana terlalu cinta dan takut diceraikan suaminya.

Ketika hendak melakukan persetubuhan, bapa akan ugut anak gadisnya dengan parang atau ancam untuk bvnuh diri sendiri jika anaknya enggan melakukan persetubuhan dengannya.

Oleh kerana takut dengan ugutan bapa, anak perempuannya terpaksa mengikuti kehendak bapanya yang jijik itu.

Mereka melakukan persetubuhan itu berkali-kali hingga si anak mengandung. Apabila anaknya mengandung, ibubapanya akan membawanya ke tempat tertentu untuk mengugurkan janin dalam perut.

Setelah anak gadisnya selesai menggugurkan anak, si ibu akan menjaga dan merawat anak gadisnya hingga sembuh.

Setelah anak itu sembuh, bapa jahanam ini minta anaknya melayani nafsu jijiknya lagi dengan alasan dirinya sudah tidak lama lagi hidup di dunia.

Menurut laporan, bapa akan melakukan persetubuhan dengan anak kandungnya hampir setiap malam dan pada subuhnya bapa akan melakukan persetubuhan dengan isterinya.

Anak ini diperkosa bapa kandungnya sendiri sejak 2020 hingga terbongkar pada tahun ini 2023 setelah mangsa dan kakaknya nekad melaporkan perbuatan jijik bapanya kepada pihak polis. - Liputan7

#liputantujuh
#liputan7

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE