Israel berjuang berpandukan undang-undang antarabangsa - Netanyahu. "Israel berperang mengikut undang-undang antarabangsa. Tentera Israel sedang melakukan tugas yang baik untuk cuba meminimumkan kematian orang awam." kata laknat itu

Israel berjuang berpandukan undang-undang antarabangsa - Netanyahu

Netanyahu sekali lagi menolak kritikan dan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat berikutan lebih 11,000 kematian di Gaza akibat perang negaranya ke atas wilayah tersebut.

Menurut Perdana Menteri Israel itu, pasukan tentera negaranya berjuang berpandukan undang-unang antarabangsa.

"Ini adalah pertempuran antara peradaban dan kekejaman," katanya dalam wawancara dengan CNN pada Ahad.

"Israel berperang mengikut undang-undang antarabangsa. Tentera Israel sedang melakukan tugas yang baik untuk cuba meminimumkan kematian orang awam."

Justeru, tegas beliau, komuniti antarabangsa tidak boleh memberikan sokongan moral 'kepada kejahatan', tambah Netanyahu.

Dalam pada itu, Netanyahu mendakwa, kerajaannya sedang berusaha membantu memindahkan pesakit-pesakit dari hospital di Gaza di sebalik serangan darat dilancarkan tentera negara itu.

Dalam masa sama, Netanyahu berkata, tiada sebarang imuniti akan diberikan kepada pasukan pejuang Hamas dari Palestin.

"Kami telah menetapkan laluan ke zon selamat di selatan Bandar Gaza," katanya kepada wartawan CNN, Dana Bash pada Ahad.

"Kami mahu semua orang awam dipindahkan dari kawasan berisiko."

Netanyahu, bagaimanapun terus mendakwa, Hamas sedang melakukan segala daya untuk terus membahayakan mereka.

"Kami telah berusaha memindahkan semua pesakit dari hospital itu (Al-Shifa, hospital terbesar Gaza) dan kira-kira 100 orang telah dipindahkan," dakwa Netanyahu lagi.


"Tidak ada alasan mengapa kita tidak boleh memindahkan pesakit dari sana."

CNN turut melaporkan agensi berita berkenaan tidak dapat mengesahkan dakwaan Netanyahu berhubung proses perpindahan pesakit dari Al-Shifa.

Israel sebelum ini mengumumkan koridor kemanusiaan di hospital itu, namun, Jawatankuasa Bulan Sabit Merah Antarabangsa tidak dapat mengesahkan sebarang proses perpindahan itu telah berlaku.

Pertempuran yang serius berhampiran pusat perubatan itu telah mengakibatkan suasana di Gaza berada 'keadaan bahaya' dengan pesakit dan kakitangan terperangkap di dalamnya.

Manakala ambulans tidak dapat memberikan perkhidmatan kepada mangsa yang terluka selain sistem bantuan sokongan hidup tidak dapat berfungsi kerana tiada bekalan elektrik, kata pejabat kesihatan di Gaza dan agensi bantuan antarabangsa.








@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE