3 anggota polis ditahan hilangkan wang tunai RM85,000 Op ‘Little Dhaka


3 anggota polis ditahan hilangkan wang tunai RM85,000 Op ‘Little Dhaka

KUALA LUMPUR – Seramai tiga anggota polis ditahan dipercayai terlibat dengan kehilangan wang tunai berjumlah RM85,000 di sebuah premis di Lebuh Pudu ketika operasi khas yang dijalankan pada Khamis lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, ketiga-tiga anggota itu berusia lingkungan 26 hingga 35 tahun.

Katanya, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 12.36 tengah malam pada Jumaat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, di mana kesemua individu yang ditahan direman selama empat hari bermula semalam hingga Selasa ini.

“Kes ini masih dalam siasatan dan orang awam juga diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan ataupun boleh menimbulkan sebarang kegusaran awam,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu pada 21 Disember lalu, Kosmo! melaporkan seramai 1,101 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) di Jalan Silang atau ‘Little Dhaka’ di sini, pagi ini.

Kesemua mereka termasuk dua kanak-kanak diberkas pada pukul 11 pagi hasil pemeriksaan terhadap 60 premis kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Allaudeen berkata, operasi ini bertujuan membanteras pelbagai jenayah dan aktiviti tidak sihat dalam kalangan PATI di kawasan tersebut.

Polis merampas 100 karton rokok bernilai RM22,000, 80 karton arak (RM48,000) dan ubat-ubatan tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) bernilai RM34,530. 

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE