Budak 12 tahun diliwat 30 kali di asrama saudara baharu

Budak 12 tahun diliwat 30 kali di asrama saudara baharu

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun berdepan detik hitam setelah dijadikan ‘pemuas nafsu songsang’ apabila diliwat sebanyak 30 kali sejak Mei lalu.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah asrama lelaki saudara baharu dalam daerah Melaka Tengah, Melaka.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata, kejadian terbabit terbongkar selepas tujuh bulan apabila mangsa tidak tahan diganggu suspek sebelum bertindak menceritakan perkara tersebut kepada bapanya.

Beliau berkata, kejadian pertama berlaku apabila mangsa dan suspek yang tidak bekerja berusia 20 tahun itu berada di bilik asrama pada pukul 3 pagi, 14 Mei lalu.

“Suspek yang juga rakan sebilik mangsa telah mengejutkannya dari tidur dan bertindak meliwat mangsa tanpa kerelaan sebelum kejadian sama berulang keesokannya.

“Kira-kira seminggu kemudian suspek telah membawa mangsa ke tandas asrama dan menyuruhnya untuk meliwat suspek dan disebabkan berasa takut, pengadu mengikut sahaja kehendak suspek,” katanya memetik laporan Astro Awani.

Mengulas lanjut, Zainol berkata, mangsa telah diliwat sebanyak 30 kali namun hanya mendiamkan diri dan tidak melaporkan hal tersebut kerana bimbang akan keselamatan diri.

Bagaimanapun, mangsa bertindak menceritakan hal tersebut kepada bapanya pada Ahad sebelum suspek diminta datang ke rumah.

“Kira-kira pukul 11.45 pagi suspek telah datang ke rumah mangsa sebelum tiga anggota polis dan lapan anggota RELA tiba di lokasi dan membawa suspek ke balai polis.

“Mangsa ini tinggal di asrama lelaki (saudara baru) sejak April 2023 kerana ibunya merupakan Pembantu Guru Mualaf bekerja sambil belajar dan tinggal di asrama wanita yang mana mangsa tinggal di asrama bagi memudahkannya untuk ke sekolah,” ujarnya.

Zainol berkata, suspek yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang itu kini direman selama enam hari sehingga Sabtu dan kes disiasat di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE