Isteri minta 'elaun' RM1.39 juta setiap kali hamil

Isteri minta 'elaun' RM1.39 juta setiap kali hamil

LONDON: Isteri kepada jutawan mendedahkan bahawa suaminya berjanji untuk membayar 'elaun' sebanyak AS$300,000 (RM1.39 juta) sebelum dia bersetuju untuk hamil.

Menurut portal berita MailOnline, Soudi Al Nadak, 26, dari Sussex, Britain mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga seorang jutawan dari Dubai, Jamal Al Nadak.

Mereka kini tinggal di Dubai dan sudah berkahwin selama tiga tahun.

Dalam video ditonton lebih 2.3 juta orang yang dimuat naik di akaun TikTok @soudiofarabia baru-baru ini, Soudi bercakap mengenai kehamilannya.

"Sebelum saya hamil, ini semua adalah perkara yang tidak boleh dirunding.

"Ini termasuk untuk sesi terapi, fisioterapi, jurulatih peribadi, akupuntur dan sesi urut untuk bayi juga.

'Saya kena sentiasa cergas dan sihat demi untuk suami dan bayi," katanya yang merujuk kepada syarat-syarat kehamilan.

Soudi menjangkakan akan dibayar elaun setiap kali hamil serta akses penuh kepada kad kredit suaminya jika dia memerlukannya.

Dia memberitahu pengikut-pengikutnya di media sosial: "Jelas sekali, saya akan mempunyai akses penuh kepada kad suami jika berlaku kecemasan.

"Saya juga menjelaskan kepada Jamal bahawa jumlah ini adalah untuk setiap bayi. Ini bermaksud untuk seorang, ia akan menjadi AS$300,000 dan untuk dua bayi, nilainya sebanyak AS$600,000 (RM2.79 juta)." – AGENSI







@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE