Lelaki maut selepas kepala tersepit lif

Lelaki maut selepas kepala tersepit lif

SEORANG lelaki maut selepas kepala tersepit pada pintu lif di One Stop Centre Jalan Burma, Georgetown, petang tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 4.45 petang.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi Ahmad Rezki Faris Ismail melaporkan seorang lelaki dewasa telah tersepit di pintu lif pada bahagian kepala.

“Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan akibat cedera parah,” kata kenyataan itu.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE