Mayat Faqrul Zaimi(15 tahun)yang diserang buaya ketika menjala udang ditemukan terapung

Mayat Faqrul Zaimi(15 tahun)yang diserang buaya ketika menjala udang ditemukan terapung 

PETRA JAYA: Mayat Mohamad Faqrul Zaimi Jeffri, 15, mangsa serangan buaya ketika menjala udang bersama rakannya di sungai Bandar Baru Samariang petang semalam ditemukan pada jam 11.00 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, Latif Iring berkata, mangsa ditemui terapung dalam jarak dua kilometer di kawasan hulu sungai, Sungai Bodo Bandar Baru Samariang. 


"Alhamdulillah kita telah berjaya menemukan mangsa ini dan telah menyerahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke hospital bagi pengurusan mayat oleh ahli keluarga.

"Penemuan pada jam 11 pagi dan mangsa berjaya dibawa naik untuk pengecaman mayat pada jam 11:18 pagi.

“Ini sekali gus menamatkan operasi mencari dan menyelamat setelah selesai membuat penemuan mangsa,"katanya ketika ditemui media selepas penemuan mangsa serangan reptila ganas itu di Bandar Baru Samariang hari ini.

Latif berkata, hasil dari pencarian dari anggota pasukan bomba kebetulan meronda di sekitar kawasan yang telah diagihkan kepada agensi masing-masing. 

"Anggota bomba telah diarahkan untuk ke sektor di bahagian hulu (sungai) manakala polis di bahagian sebelah kanan. 

"Kebetulan hari ini bernasib baik mangsa dijumpai dalam keadaan terapung dengan fizikal yang tidak sempurna,” katanya.

Sumber pula berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa bersama tiga rakannya turun ke sungai untuk melepaskan jala yang tersangkut petang semalam.

Pada mulanya mangsa memancing di tebing sungai manakala rakannya menjala.

"Apabila jala tersangkut, mangsa membantu rakannya untuk melepaskan jala itu dan ketika itulah buaya menyambarnya.


"Selepas disambar, reptilia itu mengheret mangsa ke hulu sungai," katanya.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 4.27 petang semalam selepas menerima panggilan daripada rakan mangsa.

Kredit: Utusan Sarawak



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE