Pengawal keselamatan tikam rakan sekerja sebanyak 32 kali, berang kerana sering disuruh-suruh
Mamuju - Seorang pemuda bernama Rahmat Maulana berusia 23 tahun membunuh rakan sekerjanya Zulkanain yang berusia 40 tahun kerana sering disuruh-suruh oleh mangsa.
Zulkanain dan Rahmat bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah pejabat daerah Mamuju.
Menerusi rakaman CCTV memaparkan tindakan Rahmat menyerang Zulkarnain dengan senjata tajam dan menikamnya sebanyak 32 kali hingga maut.
Tidak lama kemudian Rahmat telah ditahan pihak polis dan hasil siasatan mendapati bahawa punca pembunuhan adalah kerana Rahmat merasa rimas kerana sering disuruh-suruh oleh Zulkanain.
"Saya rasa jengkel, dia(Zulkanain) sering menyuruh-nyuruh saya buat itu dan ini" kata Rahmat. - Liputan7
@liputan7official