Seorang ibu berusia 22 tahun tergamak menguburi bayinya sendiri yang baru lahir dengan menutup mulut dan hidung bayi tersebut sebelum menanamnya tanpa rasa belas kasihan.
Pada awalnya, seorang pekerja ladang sawit menemui timbunan tanah yang masih baru seolah-olah ada tertanam sesuatu.
Pekerja tersebut bertindak mengali tanah dan menemui satu mayat bayi dengan hidung dan mulutnya disumbat dengan objek tumpul. Perkara itu segera dilaporkan kepada pihak polis tempatan.
Hasil siasatan polis mendapati pembunuh bayi tersebut adalah ibu kandungnya sendiri yang diberi nama singkatan AJ berusia 22 tahun.
Motif pembunuhan bayi tersebut adalah kerana wanita itu mendakwa dia tidak mampu menjaga bayi itu sendiri selain malu kepada masyarakat kerana anak itu hasil daripada anak luar nikah.
Bayi itu dibunuh dengan cara menyumbat mulut dan hidungnya dengan objek tumpul sebelum ditanam hidup-hidup oleh ibunya sendiri. Hasil pemeriksaan juga mendapati terdapat kesan luka pada bahagian mulut dan hidung akibat tusukan objek keras yang disumbat ibunya. - Agensi
@liputan7official