Kanak-kanak perempuan(7 tahun) didera,dirogol bergilir-gilir

Kanak-kanak perempuan(7 tahun) didera,dirogol bergilir-gilir

"Kesemua suspek berusia 26 hingga 40 tahun ditahan di pekarangan balai polis sekitar jam 9.30 malam. Terdapat kesan kecederaan lama dan baru pada tubuh mangsa,"

MANJUNG - Penemuan seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun dalam keadaan tidak terurus di tepi jalan dekat Manjung membongkar satu kejadian dera dan rogol.

Kanak-kanak berkenaan ditemui seorang lelaki tempatan sekitar jam 11.50 pagi pada Isnin sebelum membawanya ke balai polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Boo Khim berkata, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Mangsa dijumpai dalam keadaan tidak terurus dan kusut masai ketika kejadian.

"Hasil pemeriksaan dilakukan pihak perubatan mendapati, mangsa dipercayai telah dirogol dan didera.

"Terdapat kesan kecederaan lama dan baru pada tubuh mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, berdasarkan laporan itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah telah membuat tangkapan ke atas dua lelaki dan seorang wanita disyaki terlibat dalam kejadian itu.

Katanya, kesemua mereka berusia 26 hingga 40 tahun ditahan di pekarangan balai polis sekitar jam 9.30 malam.


"Semakan mendapati, ketiga-tiga mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

"Mereka kini direman sehingga 23 April untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak," katanya.






@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE