Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan seorang peniaga tembikai disimbah asid sebelum ditetak sebanyak 4 kali oleh seorang lelaki yang berpakaian sweeter.
Mangsa bernama Sutomo dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun disahkan telah meninggal dunia akibat pendarahan yang banyak.
Suspek berusia 28 tahun berjaya ditahan polis di rumah pakciknya ketika sedang tidur.
Hasil siasatan polis mendapati motif pembunuhan adalah kerana cemburu. Mangsa dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan isteri suspek membuatkan suspek hilang sabar dan bertindak agresif dengan menyimbah asid ke muka penjual tembikai itu sebelum menetaknya dengan senjata tajam sebanyak 4 kali.
@liputan7official