Rumah pelacuran perlu ada di Malaysia, Tonton dulu video Rosyam sebelum kecam - Afdlin



KUALA LUMPUR: Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) yang juga pelawak dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki berpendapat video sensasi membabitkan aktor Datuk Rosyam Nor berhubung pusat pelacuran mungkin hanyalah sekadar tarikan agar orang ramai melayari saluran YouTube miliknya.


Menurut Afdlin, sudah menjadi trend di kalangan pengguna laman sosial atau pencipta kandungan menyiarkan sedutan dipanggil 'click bait' untuk menarik penonton, tetapi pempengaruh atau pencipta kandungan tetap perlu berhati-hati dalam meluahkan pendapat, terutama membabitkan isu sensitif.


"Apa yang saya dengar Rosyam cakapkan itu hanyalah pendapatnya. Rosyam tak kata ini sepatutnya terjadi.


"Tapi, terpulanglah pada orang nak terima atau tidak. Media sosial dan podcast adalah satu platform yang terbuka kepada sesiapa membahaskan apa sahaja isu atau topik.


"Platform ini tiada tapisan, namun pemilik media sosial dan podcast tetap harus berhati-hati apabila bercakap," katanya yang ditemui BH Online pada majlis sidang media sempena penganjuran Kuala Lumpur International Film Academy Awards (KLIFAA) di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), di sini, hari ini.


Bagaimanapun, Afdlin menyarankan orang ramai menonton terlebih dahulu video penuh program Hitam Putih Kehidupan yang dikendalikan Rosyam sebelum melemparkan kecaman.


"Itulah namanya permainan media sosial, kadang-kala kandungannya tiada ada apa pun, tapi demi nak tarik perhatian penonton, mereka paparkan potongan video boleh cetuskan sensasi atau 'click bait'.


"Tapi, kita tak boleh salahkan pencipta kandungan kerana memang itu cara sekarang. Sepatutnya tinggalkan komen, tonton dahulu video penuh.


"Macam video Rosyam, saya rasa mungkin keseluruhan video tiada apa pun. Benda dibincangkan baik sahaja, tetapi hanya sebab satu sedutan ia menjadi kecoh," katanya.


Terdahulu, Rosyam menerusi podcast atau audio siar, menyifatkan pusat pelacuran perlu ada untuk 'kemudahan' warga asing lelaki yang kebanyakannya meninggalkan isteri di negara mereka.


Bagaimanapun, video berkenaan menyebabkan Rosyam menerima kecaman sangat hebat bukan saja daripada warga net tetapi juga golongan agamawan.


Cadangan Rosyam itu bercanggah dengan kedudukan Malaysia sebagai negara yang menobatkan Islam sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaan.


Rosyam menegaskan itu hanya pandangan peribadi dan meminta penonton untuk menilai sendiri. Aktor itu bagaimanapun sudah tampil membuat permohonan maaf, hari ini.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE