VIDEO - Pasangan kekasih kantoi buat ‘projek’ bulan puasa dalam kereta, Axia merah jadi popular

Pasangan kekasih kantoi buat ‘projek’ bulan puasa dalam kereta, Axia merah jadi popular

Tular mengenai rakaman pasangan dalam kereta Perodua Axia yang berkelakuan tidak senonoh di sebuah tempat awam di Johor Bharu.

Polis dikatakan berjaya menahan dua orang suspek pasangan remaja yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Mohd Sohaimi Bin Ishak, penangkapan tersebut dibuat selepas video kelakuan jelik kedua pasangan itu tular di media sosial.

“Pihak polis telah mengesan satu video tular dimuatnaik melalui media sosial berdurasi 23 saat berkait rakaman video perbuatan pasangan berkelakuan melanggar kesopanan di tempat awam,” ujarnya.

Siasatan polis mendapati kejadian tersebut berlaku pada 29 Mac lalu, kira-kira jam 3.03 petang di tempat letak kenderaan di kawasan Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.


Pihak polis telah berjaya menahan pasangan tersebut pada 6 April antara jam 4.15 petang hingga 5.15 petang di kawasan Taman Johor Raya dan Taman Kota Masai, Pasir Gudang.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan polis, pelaku merupakan lelaki tempatan berusia 22 tahun bersama seorang lagi remaja perempuan berusia 17 tahun.

Semakan polis mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan jenayah lampau.

Selain penangkapan dibuat, barangan dirampas termasuklah sebuah kereta jenis Perodua Axia berwarna merah dan sehelai t-shirt warna putih merah.


Kes tersebut sedang disiasat dibawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh dua tahun.

Tegasnya, orang ramai diingatkan untuk tidak melakukan sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang negara.

“Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan perbuatan yang melanggar norma kehidupan dan undang-undang negara.




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE